#TahukahAnda Anda Boleh Membuat Laporan Jika Barangan Pos Lambat Sampai?

27 May 2022 • 12:00 PM MYT
Saya Zuan
Saya Zuan

An avid toy collector who enjoys making videos, writing and travelling.

Image from: #TahukahAnda Anda Boleh Membuat Laporan Jika Barangan Pos Lambat Sampai?

Sumber: Aduan SKMM

Bulan Ramadan yang lepas saya ada membeli beberapa barang daripada sebuah kedai di dalam talian. Selama ini saya tidak pernah mengalami masalah barang pos lambat sampai tetapi ini adalah kali pertama barang yang saya beli tak sampai-sampai walaupun sudah tiga minggu berlalu. Kalau tengok maklumat kemas kini barang berdasarkan nombor pengesanan bungkusan barang yang saya beli di laman web kurier tersebut, barang saya masih berada di hab kurier. Dah lah barang tersebut penting untuk saya gunakan sebelum Hari Raya tetapi dah hampir Syawal pun masih tak sampai-sampai lagi barang yang saya beli itu.

Sekiranya perkara begini berlaku kepada anda juga, tahukah anda bahawa anda boleh membuat laporan atau aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menangani masalah anda dengan segera?

Selalunya bila isu begini dikemukakan kepada badan pengawal selia seperti SKMM, pihak SKMM akan mengambil tindakan segera menyiasat masalah yang anda adukan dan membantu anda mencapai resolusi tentang isu tersebut secepat mungkin. Jadi, bagaimana untuk membuat laporan atau aduan tentang barangan anda yang lambat sampai (atau tak sampai-sampai) tersebut?

Sumber: Aduan SKMM

  • Klik butang “Aduan Baru/ New Complaint”

Sumber: Aduan SKMM

  • Isikan butiran-butiran penting seperti :

a) Jenis aduan: Complaint

b) Jenis perkhidmatan – Postal/Courier Services

c) Kategori – Postal & Courier Services

d) Subkategori – Late Delivery

e) Pembekal perkhidmatan – (pilih nama syarikat kurier yang bermasalah tersebut)

Subkategori untuk kategori “Postal & Courier Services” ni ada beberapa jenis maka, pilihlah subkategori yang paling hampir dengan isu yang anda alami.

Sumber: Aduan SKMM

  • Di bahagian “Maklumat Pengadu”, pastikan anda mengisi maklumat anda dengan betul supaya tidak ada masalah pengenalpastian.

Sumber: Aduan SKMM

  • Isikan bahagian “Maklumat Aduan” dengan baik. Jika boleh, isikan bahagian huraian masalah dengan terperinci (seperti tarikh pembelian barang, tarikh penjual mengepos barang, nama hab barang anda disimpan, berapa lama barang anda disimpan, dan lain-lain). Lebih baik huraikan mengikut kronologi.

Sumber: Aduan SKMM

  • Bahagian “Lokasi Masalah” itu boleh anda isikan maklumat kawasan anda.

Sumber: Aduan SKMM

  • Di bahagian “Lampiran” pula, lampirkan maklumat penting seperti tangkapan skrin nombor pengesanan atau lokasi semasa barang tersebut atau jika ada rekod perbualan dengan khidmat pelanggan kurier tersebut dan sebagainya (jika ada).

  • Isikan simbol untuk mengesahkan anda bukan robot dan jangan lupa untuk tandakan kotak pengesahan sebelum anda klik butang “hantarkan”.

Berdasarkan pengalaman saya, barang saya telah diproses dan selamat sampai ke rumah tiga hari sahaja selepas saya menghantarkan aduan kepada pihak SKMM. Cepat bukan? Sebelum aduan, sakit hati saja saya melihat kemas kini setiap hari apabila barang tersebut terperap di hab kurier selama berminggu-minggu.

Sekiranya anda tidak tahu, selain daripada membuat aduan tentang barangan pos yang lambat sampai, hilang, rosak dan sebagainya, terdapat bermacam-macam perkara juga yang boleh anda laporkan atau adukan kepada SKMM. Perkara-perkara lain yang boleh anda laporkan atau adukan adalah seperti dibawah:

Sumber: Aduan SKMM


Saya Zuan adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.