Terus promosi nilai tarikan masyarakat Rungus: Joniston

22 May 2022 • 12:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

MATUNGGONG: Budaya dan tradisi masyarakat Rungus yang bewarna-warni dan unik merupakan nilai tarikan yang perlu terus ditekankan oleh Matunggong bagi menarik pelancong.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata budaya dinamik itu cukup menarik dan mampu memukau pengunjung sambil menyerlahkan keindahan semula jadi di daerah itu.

“Sabah diberkati dengan landskap budaya yang pelbagai, menempatkan lebih 40 kumpulan etnik berbeza. Budaya unik seperti Rungus adalah pelengkap yang sangat baik kepada operasi pelancongan.

“Saya menggalakkan masyarakat Rungus untuk terus memelihara budaya mereka dan mempelajari lebih lanjut mengenai industri pelancongan. Masyarakat luar bandar mesti merebut setiap peluang untuk melengkapkan diri dengan kemahiran bagi mempromosikan lagi orang dan tempat mereka,” katanya.

Joniston yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah berkata demikian pada majlis pelancaran Persatuan Pelancongan Matunggong di sini, pada Jumaat.

Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat negeri merangkap Adun Matunggong Datuk Julita Mojungki, Penolong Pegawai Daerah Matunggong Willey Lampaki, Gabungan Persatuan Pelancongan Luar Bandar Sabah (FeRTAS) dan Presiden Persatuan Pelancongan Matunggong Marius Masain.

Menurut Joniston, persatuan yang baru ditubuhkan itu merupakan platform terbaik untuk menghimpunkan semua pengusaha pelancongan di daerah ini untuk berkongsi idea.

Beliau juga menggalakkan Persatuan Pelancongan Matunggong bekerjasama dengan organisasi pelancongan lain, terutamanya yang sudah lama wujud, untuk belajar daripada kejayaan mereka dan mengguna pakai pendekatan mereka.

“Matunggong mempunyai potensi besar untuk pengalaman pelancongan luar bandar yang unik. Kita mesti terus mempromosikan tarikan sedia ada dan juga mencari produk baharu,” tambahnya.

Kawasan Matunggong terkenal dengan pembuatan gong di Kampung Sumangkap, produk lebah madu dan rumah panjang di Bavanggazo, dan pembuatan manik di Kampung Tinangol. Ia juga mempunyai pantai yang cantik untuk diterokai oleh pelancong.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.