7 Selebriti Hollywood Yang Ada Rekod Jenayah Lampau Sebelum Famous

Entertainment
31 May 2022 • 6:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap individu ada kisah mereka sendiri, orang-orang terkenal seperti selebriti yang hidup dalam dunia glamour juga tidak terkecuali.

Ada antara mereka melakukan pekerjaan yang dipandang hina, malah disebabkan persekitaran tempat mereka membesar, ada selebriti-selebriti Hollywood ini pernah terlibat dalam kes jenayah sebelum terkenal.

Jadi disini merupakan senarai artis-artis luar negara yang ada rekod jenayah lampau sebelum menjadi idola orang ramai.

1. Mark Wahlberg

image is not available

Sebelum pelakon yang terkenal dengan filem Transformer dan Ted ini menjejakkan kakinya ke dunia glamour. Mark Wahlberg seorang penagih dadah seawal usia 13 tahun.

Ketagihannya itu telah membuatkan dia dibuang sekolah pada usia 14 tahun dan mempunyai tindakan sivil difailkan terhadapnya pada usia 15 tahun kerana jenayah bermotifkan perkauman.

Dia didakwa membuat gangguan terhadap pelajar Afrika-Amerika sebanyak 2 kali dengan melemparkan batu kepada mereka sambil memberikan kata-kata kesat yang berbaur perkauman.

Malah, pada usia 16 tahun, Wahlberg pernah belasah individu Vietnam pertengahan umur sampai pengsan. Keesokan harinya, dia ada menyerang lelaki Asia menggunakan batang besi sampai mangsa buta sebelah mata.

Dia ditahan atas kesalahan cubaan membunuh, namun lepas perbicaraan dia hanya disabitkan bersalah atas tuduhan serangan ke atas mangsa. Dia dipenjara selama 2 tahun.

2. Will Smith

image is not available

Pada tahun 1989 di Philadelphia, Will Smith bertengkar dengan seorang promoter rekod yang bernama William Hendricks.

Pelakon itu memberitahu pengawal peribadinya untuk memukul Hendricks dan membuatkan ia jadi meleret sampai berlakunya serangan yang sangat kejam, lelaki itu hampir buta sebelah matanya akibat patah pada orbit mata.

Smith telah disabitkan atas kesalahan itu. Bagaimanapun, pertuduhan itu kemudiannya digugurkan pada tahun 2005 bahawa rakannya membelasah Hendricks semasa dia berada di sana dan dia tidak terlibat.

3. Snoop Dog

image is not available

Siapa sahaja yang tak kenal dengan rapper Snoop Dog, seorang yang terkenal dengan kekayaannya. Namun sebelum sampai ke tahap ini, dia juga ada kes.

Semasa zaman sekolah, dia sering menghadapi masalah dengan undang-undang mengenai pengedaran dadah, terutamanya kokain dan bahkan dia pernah dipenjarakan selama 6 bulan.

Selain itu, dia juga menjual ganja kepada rakan sekelas lama masa di peringkat sekolah menengah, dan rakan sekelasnya itu adalah Cameron Diaz.

Walaubagaimanapun, kes dadah bukanlah perkara yang paling teruk. Pada tahun 1993, Snoop Dog bersama pengawal peribadinya, disabitkan kesalahan atas tuduhan membunuh Philip Woldemariam, atas dakwaan menembak lelaki yang merupakan ahli kumpulan saingan pada masa itu.

Pengawal peribadi itu terlepas daripada pertuduhan serta-merta dengan mendakwa ia mempertahankan diri, manakala penyanyi rap itu dipenjarakan dan dibebaskan 3 tahun kemudiannya pada 1996.

4. Jay-Z

image is not available

Ketika dia baru berusia 12 tahun, Jay-Z menembak bahu abangnya yang merupakan seorang penagih dadah selepas adiknya mencuri cincinnya. Perkara itu ada diluahkan menerusi salah satu lagunya yang berjudul You Must Love Me.

Jay-Z tidak pernah disabitkan dengan penembakan itu, tetapi mengakui pada 2010 bahawa dia takut bahawa hidupnya akan berakhir pada ketika itu.

Walaubagaimanapun, pada tahun 1999, Jay-Z didakwa menikam Lance “Un” Riviera di perut semasa pertengkaran di luar sebuah kelab malam. Rapper itu mengaku bersalah dan dia dikenakan 3 tahun tempoh probation.

Dalam pada itu, rapper yang telah meraih billion dollar ini juga mengedar dadah semasa dia muda sebelum menjadi rapper.

5. Nicki Minaj

image is not available

Pada tahun 2003, Nicki Minaj atau nama sebenarnya Onika Maraj telah ditangkap kerana memiliki senjata (dengan niat untuk digunakan).

Gambar mugshot dirinya ditangkap di dedahkan apabila Jay-Z menggunakan gambar itu sebagai montaj untuk konsert jelajahnya.

6. Robert Downey Jr.

image is not available

Sebelum pelakon Iron Man ini dikenali, pada tahun 1996 Downey dipenjarakan kerana memiliki dadah, mempunyai senjata, memandu dibawah pengaruh dadah, menangih dadah dan melanggar undang-undang.

Dia menjalani hukuman penjara satu tahun dan tiga bulan, dua tahun dalam parol dan hampir 3 tahun dalam percubaan.

7. Courtney Love

image is not available

Ada laporan menyatakan bahawa Courtney Love dan Lindsay Lohan adalah selebriti wanita yang paling banyak keluar masuk penjara, masing-masing mempunyai 10 tangkapan atas namanya.

Pemain rock grunge, nama sebenarnya Courtney Harrison, ditangkap buat kali pertama ketika dia baru berusia 14 tahun, sebab mencuri baju di sebuah gedung serbaneka di Portland, Oregon.

Dia dihantar ke tahanan juvana. Selepas keluar, dia bekerja sebagai penari sebelum beralih kepada muzik dan mencari kemasyhuran dengan kumpulan Hole. Sejak jadi artis dia banyak ditahan atas kesalahan bertumbuk, miliki dadah dan serangan.

Sumber : TellTales, MamaMia & SW

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.