
Seorang penjawat awam telah diberkas oleh polis pada Selasa lepas kerana tak puas hati isterinya membeli susu menggunakan duit bantuan. Lelaki tersebut juga didakwa menggigit lengan isterinya sehingga cedera.
Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, Ketua Polis Daerah Kuching menyatakan lelaki yang berumur 23 tahun itu ditahan selepas isterinya membuat laporan polis.
Tak puas hati dengan isteri

Suspek lelaki itu dikatakan menggigit isterinya kerana tak berpuas hati dengan isteri kerana ingin membawa anak mereka bermalam di hotel untuk dapatkan ketenangan.
Berlaku pergelutan di antara mereka sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa dalam kejadian tersebut.
Suspek juga dilaporkan telah memecahkan telefon bimbit isterinya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya yang ingin menggunakan wang Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) untuk membeli susu anak mereka.
Kes ini sebenarnya merupakan kes lama berdasarkan laporan polis yang dibuat pada Januari 2022 dan Disember 2021.


Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.
Kes ini telah dilaporkan di akaun Twitter @Nabilahismah dan mendakwa pernah menarik laporan polis atas desakan orang sekeliling.
Wanita ini bukan sahaja kongsi gambar kecederaannya, tetapi menceritakan bahawa suspek tersebut merupakan bekas suaminya. Akaun Twitter wanita itu juga telah dinyahaktifkan.
Kredit: Majoriti
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
The post Beli Susu Guna Duit Bantuan, Suami Tak Puas Hati Tergamak Gigit Lengan Isteri appeared first on Oh! Media.


