
Satu video dari TikTok telah mendapat perhatian netizen setelah mereka rasa tidak puas hati melihat hasil yang dibuat oleh seorang lelaki yang dikatakan perunding imej ini.
Harga asal caj RM 6999?
Dalam video itu, dilihat ada seorang lelaki berjumpa dengan dia untuk mendapatkan khidmatnya. Menurut penjelasan dalam video tersebut, lelaki yang merupakan seorang pemilik chalet ini merasakan dirinya selekeh, malah dia seringkali disalah tafsir sebagai seorang tukang kebun, dia juga mengalami masalah membuat padanan dan tidak tahu memilih warna yang sesuai.


Melihat hasilnya, ia amatlah tidak memberangsangkan di mata netizen langsung kerana ia juga ada menunjukkan bahawa harga asal untuk khidmatnya itu bernilai RM6999 dan video itu ditayangkan sebab nak beritahu bahawa perkhidmatan mereka ada buat harga promosi.
RM6999 untuk fesyen gov staff 1995 ni? – Netizen
Video yang asalnya di TikTok itu dikongsikan semula di Twitter dan berbalik kepada pendapat netizen di platform media sosial tersebut, ramai yang anggap bahawa mereka tidak nampak sebarang transformasi pada imej pelanggannya. Bagi mereka ia tidak berbaloi dengan harga yang telah diberikan.
Malah, ada juga yang berpendapat bahawa hasil yang sebegitu tidak memerlukan perunding imej dan segala info hanya boleh dapat di Internet dan video tutorial di YouTube.







Dalam masa 19 jam, video ini telah meraih lebih daripada 6,300 jumlah retweets dan majoriti anggap hasil makeover itu amat melucukan. Husnuzon, mungkin hasil dia buat tu bergantung kepada imej, career seseorang?
Baca : “Money can’t buy style” – Lelaki Pakai Pakaian Berjenama Tapi Kena Kecam Sebab Nampak ‘Murah’?
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


