“Tempat b*rak tu” – [VIDEO] Sharifah Sakinah Dikecam Gara-gara Samakan Tandas ‘Mewah’ Dengan Syurga

Entertainment
10 May 2022 • 1:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kerana sifatnya yang agak gila-gila dan sering buat benda ikut kepalanya, Sharifah Sakinah sering menjadi tumpuan netizen lebih-lebih lagi dengan benda yang dimuat naik di Instagram peribadinya.

Macam baru-baru ini, posting terbaru pelakon ini telah mendapat kritikan yang agak dahsyat dari netizen.

Menerusi video yang dimuat naiknya itu, dapat dilihat Sharifah Sakinah menunjukkan sebuah tandas bertemakan emas dipercayai milik kakaknya Sharifah Shahirah.

Di kapsyen video ini, Sakinah mengatakan bahawa tandas tersebut sejuk macam syurga, tak macam cakap-cakap orang bahawa tandas ada banyak syaitan.

Wag orang kata kat Tandas banyak setans. Sejuk macam syurga tandas awak siap Ada kipas LV GUCCI.”

“Tempat b*rak disamakan dengan syurga”

Kenyataan Sakinah itu bagaimanapun telah membuatkan ramai netizen kurang senang. Mana tidaknya, di ruangan komen rata-rata netizen telah mengecam pelakon ini yang dirasakan melampau kerana samakan tandas dengan syurga.

image is not available

Hm, mungkin bukan niat Sakinah kot nak samakan tandas dengan syurga. Entahlah min pun tak tahu nak fikir apa.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.