HONOR Magic4 Pro bakal gegar pasaran Malaysia pada 1 Jun

Digital
26 May 2022 • 11:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

Telefon flagship 2022 didatangi dengan GMS dan teknologi inovatif

KUALA LUMPUR – Pengeluar telefon pintar terkemuka dunia, HONOR bakal menggegarkan pasaran Malaysia dengan memperkenalkan telefon pintar flagship mereka; HONOR Magic4 Pro pada 1 Jun nanti.

Kehadiran telefon pintar dengan teknologi terkini itu pastinya dinanti-nantikan oleh para peminat dan ‘pemburu’ telefon flagship dari HONOR itu. Apa yang mungkin membuatkan anda lebih teruja lagi, HONOR Magic4 Pro disahkan hadir dengan GMS yang memudahkan lagi pengguna di Malaysia.

Untuk para peminat dan pelanggan menyaksikan sendiri kehebatan telefon pintar flagship ini, HONOR bakal menyiarkan siaran langsung pelancaran HONOR Magic4 Pro di laman rasmi Facebook HONOR Malaysia pada jam 3 petang.

image is not available

HONOR Magic4Pro bakal menjadi solusi terbaik untuk menyelesaikan isu dan masalah yang didepani oleh pengguna telefon pintar hari ini dengan teknologi inovatif terkini.

image is not available

Bagi anda yang obsesi dengan fotografi dan videografi, Ultra Fusion Photography yang menawarkan videografi sinematik pada telefon pintar pastinya dapat memenuhi semua kemahuan anda untuk merakam gambar dan video yang terbaik. Bukan itu saja, pengecasan tanpa wayar 100W yang pertama dalam industri dan prestasi flagship terunggul adalah satu teknologi terkini yang tak boleh anda lepaskan.

image is not available

Hati anda pastinya akan terpaut dan jatuh cinta pandang pertama dengan nilai estetika simetri yang ada pada HONOR Magic4 Pro dengan reka bentuk ikoniknya; Eye of Muse.

image is not available

HONOR Magic4 Pro bakal menjamin privasi pengguna dengan fungsi perisian dan perkakasan, termasuk AI Privacy Call yang menyelesaikan masalah kebocoran maklumat sensitif yang disebabkan kebocoran bunyi semasa panggilan telefon dan sememangnya layak dipanggil ‘telefon pintar terlalu hebat untuk dipercayai’.

Untuk maklumat terkini tentang HONOR Magic4 Pro, layari https://www.hihonor.com/my/phones/honor-magic4-pro/. Jangan lupa menonton siaran langsung pelancaran pada jam 3 petang, 1 Jun 2022 di Facebook rasmi HONOR Malaysia atau menontonnya di ASTRO GEMPAK dan ERA FM.