“Kena sepak terajang” – Cara Sekolah Berasrama ‘Handle’ Isu Pelajar Kena Buli Dengan Senior Buat Netizen Panas

Entertainment
23 May 2022 • 12:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Boleh dikatakan isu buli di kalangan pelajar sekolah masih lagi kerap berlaku sehingga kini walaupun telah mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata meminta untuk gejala ini diberhentikan dengan segera.

Malah menurut Berita Harian, kes buli di Malaysia menjadikan negara menduduki tangga kedua dalam Asia dengan catatan peratus hampir 60% sepanjang awal 2022 setakat ini.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang individu mendedahkan cara sekolah berasrama mengendalikan isu pelajar yang menjadi mangsa buli senior dari Tingkatan 4 dan 5.

image is not available

Difahamkan individu yang memuat naik status di Facebook ini merupakan ibu kepada salah seorang pelajar yang dibuli pada 16 Mei lepas namun kesemua mereka dikatakan bertindak mendiamkan diri.

“Warden ambil langkah B*D*H”

Menurut dari posting yang sama, individu ini mendedahkan sebab utama kesemua pelajar mendiamkan dri adalah kerana mereka telah diberi amaran untuk tidak ‘buka mulut’ tentang isu yang berlaku.

“Pihak sekolah nak settle dalam katanya. Tapi hampeh, anak-anak langsung tidak dibawa ke hospital untuk rawatan” – Tulisnya di Facebook

image is not available

“Ada sebab anak kenal pukul”

Bukan itu saja, apa yang menyebabkan netizen menjadi lebih marah adalah apabila pihak sekolah mengatakan bahawa ada sebab mengapa kejadian buli itu berlaku walaupun selepas laporan dibuat.

image is not available

 

Perkongsian ini telah mendapat perhatian ramai kerana sikap sambil lewa pihak sekolah yang mengambil mudah dengan kes buli yang berlaku sehingga menyebabkan pelajar trauma namun difahamkan pelaku yang terlibat telah ditahan oleh polis.

Allahu, nasib baiklah doktor kata cedera ringan je… Korang jangan pulak dok ikut buli-buli ni okay?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.