Lelaki Ada Masalah Kemurungan, Tetak Bayi 6 Bulan Dengan Ibu Sehingga Maut

12 May 2022 • 6:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kesihatan mental adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan dan jika seseorang itu mempunyai simptom-simptom penyakit mental perlulah segera mendapatkan rawatan agar penyakit tidak menjadi lebih teruk.

Walau bagaimanapun, kadangkala penyakit mental agak susah untuk dibendung dan menyebabkan pesakit bertindak di luar kawalan.

Itulah kejadian yang berlaku di Kota Kinabalu, di mana seorang lelaki bertindak menetak seorang bayi berusia enam bulan bersama ibunya akibat masalah kemurungan.

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, memberitahu bahawa suspek mempunyai masalah kemurungan sejak dua tahun berdasarkan maklumat daripada pihak keluarga.

image is not available

Jauteh juga berkata bahawa suspek tidak mendapat perhatian yang cukup oleh keluarganya dan dia duduk berjiran dengan mangsa yang ditetak.

Selain itu, kemurungan juga dipercayai berlaku akibat anak lelaki suspek ditahan pada hari yang sama oleh pihak berkuasa akibat tiada dokumen diri.

Menurut beliau juga, suspek kini berada di hospital kerana mengalami kecederaan ketika ditahan orang ramai dalam insiden tersebut.

Bayi perempuan yang ditetak bersama ibunya yang berusia 35 tahun maut akibat ditetak pada bahagian tengkuk dan telinga kiri sehingga hampir putus dalam kejadian di Kampung Sungai Pauh, Kinabatangan.

image is not available 24 jam lalu

Identiti Disahkan, 5 Pelajar USAS Rentung Dalam Kemalangan Maut

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved