Wanita Baru Tahu Dirinya Lelaki Selepas 20 Tahun, Ada Alat Sulit Lelaki Tersorok Dalam Abdomen

Entertainment
22 May 2022 • 4:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita berasal dari Arab Saudi terkejut apabila mendapati bahawa dia sebenarnya ialah seorang lelaki. Maklumat ini hanya diketahui selepas 20 tahun dilahirkan.

Menurut sumber, pertukaran jantina ini berpunca daripada kesilapan perubatan yang berlaku.

Wanita tersebut tidak mengetahui sebenarnya ada alat sulit lelaki yang tersembunyi di dalam abdomennya. Ketika baru dilahirkan, individu ini didapati mempunyai ketidaknormalan pada bahagian alat sulit.

Bagaimanapun, doktor pada ketika itu memberi jantina perempuan kepada bayi itu, dan keluarganya memberinya nama sebagai Randa.

image is not available

Randa mendapati ada sesuatu yang tidak kena apabila meningkat dewasa selepas dia perasan tiada ciri-ciri perempuan yang akil baligh pada dirinya.

“Pada mulanya, ia perasaan yang sangat pelik, seperti mereka berbohong kepada saya. Tidak logik untuk saya kerana saya seakan bermula dari kosong. Nama baharu, identiti baharu, tiada kawasan, tiada saudara,” kata Randa.

Untuk rekod, bapa Randa telah berhubung dengan pihak hospital di mana dia dilahirkan, namun masih tiada jawapan.

Kredit: Harian Metro

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.