Iringi Anak Ahli Parlimen Di Jalan Raya, Dua Polis Trafik Kena Siasatan Tatatertib

Entertainment
8 May 2022 • 3:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular satu klip video yang menunjukkan dua orang anggota polis sedang mengiringi kenderaan yang dimiliki oleh orang awam.

Ekoran itu, Polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap dua anggota polis trafik tersebut berhubung kejadian mengiringi kenderaan awam.

image is not available

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain menyatakan pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap kedua-dua anggota polis trafik berkenaan.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan salah laku berkenaan.

“Satu kertas siasatan tatatertib terhadap kedua-dua anggota tersebut akan dibuka bagi menyiasat perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis siasat video tular dakwa anggota trafik iring kenderaan milik anak ahli Parlimen

Polis Pulau Pinang melakukan siasatan terperinci susulan satu video tular yang menunjukkan seorang lelaki memandu kenderaan sambil diiringi dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Bukit Gambir.#VideoTular #AnakAhliParlimen #PDRM

Posted by Free Malaysia Today on Saturday, May 7, 2022

Dalam video berdurasi 20 saat yang tular itu, rakaman tersebut memaparkan seorang lelaki memandu sebuah kereta sambil diiringi oleh anggota trafik menggunakan motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Bukit Gambir.

Video tersebut tular dan mendapat kecaman warganet yang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.

Kredit: Sinar Harian

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.