868,859 kanak-kanak Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19

2 May 2022 • 10:11 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Sebanyak 868,859 atau 24.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, 1,536,766 atau 43.3 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,894,533 atau 93 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,992,178 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,035,520 atau 68.2 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,967,185 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,243,448 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 12,380 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 1,847 dos pertama, 10,015 dos kedua dan 518 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,325, 128.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan hanya tiga kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu dua kes dan Perak satu kes.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved