“Tak rosak pun masa buat ni” – Awal Ashaari Upload Video #PalangChallenge

Entertainment
19 May 2022 • 6:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rentetan dengan isu yang terpalit dirinya, pelakon dan pengacara terkenal Awal Ashaari ada buat satu video sarkastik yang membuatkan ramai orang terhibur.

Video itu dilihat Awal sedang berposing di sebuah palang dan menamakannya sebagai #PalangChallenge.

 

Don’t worry, no boom gates were harm during this process

Dalam video yang dimuat naik di Instagram, Awal menyatakan bahawa keadaan palang itu selamat dan tidak rosak ketika sedang membuat video stop motion itu. Disebabkan itu, ramai netizen dan rakan artis yang terhibur apabila melihatnya.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sebelum ini, Awal dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan di Sunway Damansara.

Berikutan itu, Awal menjelaskan keadaan sebenar yang terjadi. Katanya, pihak pengurusan enggan bertolak ansur langsung walaupun dia dah duduk di sana sejak 14 tahun yang lalu dan tak pernah terlepas dari membayar yuran pengurusan.

“Saya tak langgar harta sesiapa, saya cuma alihkan palang. Tak ada sesiapa cedera, tak ada sesiapa kena pukul, cuma sedikit kesilapan dan salah faham sebab guard pun bukan orang tempatan.”

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.