[VIDEO] Budak Tak Sengaja Jatuhkan Patung Teletubbies, Bila ‘Check’ Harga Rupanya RM34,858

Entertainment
24 May 2022 • 12:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau pergi shopping mall dan masuk kedai yang jual barang mahal serta berbentuk kaca, korang mesti warning anak-anak korang supaya duduk diam-diam dan jangan berlari-lari dalam kedai.

Karang kalau terpecah atau rosakkan barang di dalam kedai tu, haa naya nak kena bayar seperti apa yang berlaku dalam satu kejadian di Hong Kong baru-baru ini.

 

Terjatuhkan patung Teletubbies bernilai lebih RM30,000

Menerusi satu perkongsian di TikTok, tular video yang memaparkan seorang budak lelaki dilihat telah menjatuhkan sebuah patung Teletubbies bersaiz besar.

Bila diperiksa rupa-rupanya patung berwarna emas itu berharga HK$52,800 bersamaan dengan RM34,858.11. Mak aiii!

Menurut Dimsum Daily, kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat beli belah di Hong Kong.

Kanak-kanak yang berusia 5 tahun itu juga katanya telah bersandar pada sisi patung tersebut sebelum patung itu menjadi tidak stabil dan jatuh ke lantai.

Ibu kanak-kanak berkenaan yang melihat kejadian itu juga dilaporkan membuat mimik muka kurang selesa dan kecewa dengan apa yang berlaku.

 

Ibu bayar ganti rugi pada hari yang sama

Menurut laporan, ibu kanak-kanak itu telah membayar ganti rugi kepada kedai berkenaan pada hari yang sama dengan nilai HK$33,600 bersamaan dengan RM18,794.

Walau bagaimanapun, kebanyakan netizen mengkritik pemilik kedai tersebut kerana tidak meletak mesej amaran di hadapan patung berkenaan dan kurangnya nilai-nilai keselamatan daripada mengelakkan patung tersebut dari terjatuh.

image is not available

image is not available

Pun begitu, menurut seorang peguam, ibu bapa kanak-kanak tersebut sepatutnya demand kedai mainan berkenaan mengembalikan wang kompensasi kerana kanak-kanak di bawah usia 10 tahun tidak boleh dikenakan tindakan mahkamah.

Sepatutnya pihak kedai membeli insurans dari pihak ketiga yang boleh tanggung bayaran dari segi kerosakan harta benda di kedai tersebut.

Haih macam-macam ye. Risaulah kalau bawa budak-budak masuk kedai mahal ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.