“Nak Hidup Mahal, Nak Mati Pun Mahal”- Netizen Terperanjat Tengok Harga Batu Nisan

18 May 2022 • 4:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Rasanya semua mempunyai pemikiran yang sama apabila berkaitan dengan wang, kerana ia sememangnya antara perkara penting diperlukan oleh setiap manusia.

Itulah lumrah yang perlu dilalui oleh setiap manusia di muka bumi ini tidak kira hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Baru-baru ini, tular sekeping gambar di Twitter menunjukkan harga ‘tempahan kepungan kubur dan set nisan’ dan apa yang menjadi bualan ialah harga yang ditawarkan adalah sangat mahal.

image is not available

 

Di dalam gambar berkenaan, harga-harga kepungan kubur dibahagikan kepada beberapa kategori di mana kepungan marmar (marble) bernilai RM2,700 bagi jenazah dewasa dan RM1,450 bagi jenazah bayi.

Selain itu, ada juga kepungan jubin (tiles) berharga RM1,500 untuk jenazah dewasa dan RM900 untuk jenazah bayi.

Manakala, untuk kepungan simen (terazo) ditetapkan dengan harga RM1,000 untuk yang dewasa dan RM500 untuk jenazah bayi.

Berkenaan dengan isu tersebut, ramai netizen memberikan pandangan tentang harga kepungan kubur yang dikongsikan di Twitter milik seorang peguam dan aktivis yang dikenali sebagai @ladymissazira.

image is not availableimage is not available

Menerusi laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum membina kubur sama ada di sebelah dalam atau di luarnya dengan bahan yang menyerap bahang panas seperti simen , batu kapur dan sebagainya adalah makruh.

image is not available 1 minggu lalu

“Niat Tak Menghalalkan Cara” - Ustaz Tegur Tindakan Ibu Bapa Letak Mainan Dekat Kubur Anak