Muhammad Sanusi Bagi ‘Hint’ Dakwa TMJ Kawal Liga Malaysia, Tunku Ismail Cabar Bagi Semua Bukti

Entertainment
23 May 2022 • 4:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Peminat-peminat bola sepak terutamanya Liga Malaysia, sudah semestinya akan sedia maklum tentang kehebatan dan juga kepakaran pemain-pemain dari Harimau Selatan, Johor Darul Takzim setiap kali mereka beraksi di padang.

“Dia ‘order’ sana, ‘order’ sini, suruh buat ini, suruh buat itu, kawan (ada pihak) nak pergi latih sana, kena tanya dia dulu. lepas tu dia ’round’ pusing pasukan lain, bari bonus kalau menang dengan Kedah, saya tahu semua itu, dia ingat orang tak tahu, jangan bagi saya cerita semua.”

“Terus buat cerita sensasi nak naikkan rating”

Ramai mengatakan individu yang disebut-sebut itu merupakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik kelab bola sepak Johor Darul Takzim.

Ekoran itu, TMJ terpanggil untuk memberikan maklumbalas dengan menulis tweet di Twitter @HRHJohorII sekaligus mencabar Muhammad Sanusi agar sediakan segala bukti dan juga fakta berkaitan isu kawalan Liga Malaysia.

Menurut Kosmo Online, TMJ meminta Presiden KFA itu untuk mendedahkan sekali maklumat tentang diri individu seperti yang dikatakan dalam kenyataan yang dibuat secara terperinci agar identiti dapat didedahkan.

Tapi boleh kata semua player JDT ni memang power pun kan?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.