‘No Backpack Day’ Punya Pasal, Pelajar Bawa Almari Laci Plastik Ke Sekolah Ganti Beg Galas

Entertainment
22 May 2022 • 3:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau anda merupakan seorang pengguna tegar media sosial TikTok, pasti anda pernah tonton video ‘No Backpack Day’ yang sering dibuat oleh pelajar di sekolah barat.

Cabaran No Backpack Day ialah hari di mana para pelajar sekolah atau universiti dibenarkan untuk jadi kreatif dan bawa objek lain selain beg galas bagi mengganti beg berkenaan ke tempat belajar.

Boleh tonton video TikTok ni sebagai rujukan kalau korang belum pernah tengok lagi.

Dalam video itu, dapat dilihat ada pelajar yang bawa beg alat muzik, bakul baju dan tong cat untuk menggantikan beg galas sekolah. Ikut kreativiti la kan dan barang apa yang ada kat rumah tu je.

image is not available

Seorang pelajar di Indonesia ini pula telah menjadi perhatian ramai netizen di Twitter apabila dia membawa almari laci plastik ke sekolah ketika ‘No Backpack Day’ itu.

Gambar pelajar berkenaan dan almari itu telah dikongsikan oleh akaun kgokonoi di Twitter baru-baru ini.

Untuk kebanyakan rakyat Malaysia, almari atau rak berkenaan sering digunakan di rumah kita dan kita akan guna untuk simpan baju-baju la kan.

Kreatif tu memang kreatif, lagipun bukan selalu pun buat hari tanpa beg sekolah ni kan. Cumanya, rata-rata netizen tertanya-tanya bagaimana caranya pelajar tu bawa almari laci tu ke sekolah sebab benda tu kan besar dan agak tinggi.

Apabila dah sampai ke sekolah, pelajar tu dikatakan akan seret almari tu untuk ke kelas sebab selalunya kan almari macam ni ada disediakan roda.

Kebanyakan netizen terhibur dengan kreativiti pelajar ini. Min pun teringin nak join No Backpack Day tapi tu la dah habis sekolah la pulak.

Mesti mak dia kat rumah tercari-cari mana lah almari baju ni tiba-tiba hilang pulak kan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.