Piala Asia 2022: Speedy Tigers 'belasah' Bangladesh

26 May 2022 • 6:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

THE Speedy Tigers mengekalkan rentak kemenangan dalam saingan Kumpulan B Piala Asia 2022 apabila melabuh kempen dengan membelasah Bangladesh 8-1 dalam aksi terakhir di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, Jakarta, pada Khamis.

Skuad kendalian Arul Selvaraj yang sebelum itu telah pun mengesahkan slot ke saingan Super Four selepas melakar dua kemenangan ke atas Oman 7-0 dan Korea Selatan 5-4, ternyata garang dengan hatrik Muhammad Razie Abd Rahim (4', 14', 30') dan Faizal Saari (24', 31', 46').

Dua lagi gol Speedy Tigers dijaringkan Muhammad Najmi Farizal Jazlan (41') dan Mohamad Ashran Hamsani (60'), manakala Ashraful Islam mengurangkan defisit dengan gol minit ke-21 untuk Bangladesh.

Kemenangan itu menyaksikan Speedy Tigers mengakhiri cabaran dengan status juara kumpulan selepas mengumpul sembilan mata sambil diekori rapat Korea Selatan (6 mata), Bangladesh (3 mata) dan Oman (0).