“Dah Membazir…“- Tunggu Dari Pagi Sampai Malam, Niat Tuan Rumah Buat ‘Open House’ Tapi Tetamu Tak Datang

31 May 2022 • 11:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Punyalah penat buat persiapan ‘open house’ tapi tak ada tetamu yang datang.

Itulah yang perlu dihadapi oleh sebuah keluarga apabila majlis rumah terbuka yang diadakan sepi tanpa kehadiran tetamu.

Menerusi laporan mStar, Nur Syiratul Jihan, 22, berasa sedih dengan situasi berkenaan kerana keluarganya telah menyediakan pelbagai juadah untuk tetamu.

Dikatakan, majlis sepatutnya bermula pada pukul 1 tengah hari, tetapi sehingga pukul 7 petang tiada seorang pun tetamu yang datang ke jemputan rumah terbuka tersebut.

Selain itu, Syiratul juga berkongsi video rakaman sekitar majlis berkenaan dan di muat naik di laman sosial TikTok.

Syiratul juga berkongsi bahawa sebahagian makanan seperti mi rebus terpaksa dibuang. Dia juga berharap agar sesetengah individu dapat memberitahu lebih awal jika terdapat perubahan dalam perancangan agar tidak menyusahkan pihak lain.

Menjengah ke ruangan komen video, ada sesetengah netizen yang turut berkongsi pengalaman menghadapi situasi yang sama semasa mengadakan acara rumah terbuka.

image is not availableimage is not available

image is not available 3 jam lalu

(VIDEO) "Dalam Tu Anak Orang.." - Van Sekolah Bawa Murid Selamba Langgar Lampu Merah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved