Warga Indonesia terselamat rumah terbakar 80 peratus

8 May 2022 • 7:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PETALING JAYA - Sebuah keluarga warga Indonesia sempat menyelamatkan diri daripada kebakaran yang berlaku di rumah flat di tingkat enam Blok 2, Desa Mentari, di sini pada pagi Ahad.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.08 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, seramai 14 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala, dan Subang Jaya tiba di lokasi kejadian pada jam 10.19 pagi untuk mulakan operasi pemadaman api.

image is not available

"Kebakaran berpunca dari sebuah bilik dalam rumah tersebut yang mengakibatkan sekitar 80 peratus unit tersebut musnah.

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.26 pagi dan penghuni rumah ketika itu iaitu seorang wanita bersama ibu dan dua orang anak berjaya dikeluarkan sebelum api marak," katanya dalam satu laporan pada Ahad.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved