Data JPN ‘Bocor’, Butiran Peribadi Rakyat Malaysia Boleh Dibeli Dengan Harga RM 44K?

Entertainment
18 May 2022 • 12:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kecoh di media sosial Twitter sejak semalam apabila dikatakan data peribadi lebih 22 juta rakyat Malaysia yang didakwa diperolehi dari Jabatan Pendaftaran Negara telah ‘dijual’ dengan harga AS$10,000 (RM43,000) dalam sebuah forum Internet.

Dalam laporan, Lowyat.Net kebocoran itu pertama kali muncul di Internet bulan lepas dalam forum pasaran pangkalan data “yang terkenal”, dengan maklumat yang dikatakan meliputi rakyat Malaysia yang lahir di antara tahun 1940 sehingga 2004.

image is not available

Laporan itu juga menyatakan pangkalan data itu dikatakan bersaiz sebesar 160GB dan mengandungi informasi seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, tarikh lahir, jantina, bangsa, agama, nombor telefon dan gambar.

Difahamkan, penjual itu mendakwa bahawa myIDENTITY API adalah sumber ‘tawaran’ baru mereka, apa yang merisaukan adalah perkara ini pernah berlaku dan sama seperti penyenaraian tahun lepas.

image is not available

Dalam laporan itu juga menerangkan myIDENTITY ialah platform perkongsian data yang direka untuk sektor awam yang membolehkan agensi kerajaan mendapatkan butiran peribadi daripada tempat simpanan berpusat.

Ketika mengulas kejadian tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata sebanyak 104 agensi telah mendapat kebenaran menggunakan platform itu, malah mereka juga menyiarkan maklumat milik Hamzah Zainudin dalam penyenaraian mereka itu.

Berani ya, harap selamat lah semua data kita…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.