Mahkamah Diraja Arab Saudi Umum Negara Itu Akan Sambut Hari Raya Aidilfitri Esok

1 May 2022 • 12:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mahkamah Diraja Arab Saudi telah menetapkan bahawa umat Islam di negara itu akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 2 Mei (esok).

Hari ini (Ahad) akan menjadi hari terakhir umat Islam di Arab Saudi menjalani ibadah puasa, lapor Mahkamah Agung.

image is not available
Gambar hiasan

Mahkamah Agung menyatakan bahawa berikutan laporan yang diterima daripada mahkamah berdasarkan keterangan mereka yang pakar dalam bidang itu, anak bulan Syawal tidak kelihatan.

Oleh itu, ia telah telah diputuskan bahawa Ahad, 30/9/1443H, bersamaan dengan 1 Mei adalah hari terakhir bulan suci Ramadan.

Jadi, hari Isnin, 1/10/1443H, bersamaan dengan 2 Mei adalah hari pertama Aidilfitri,” lapor agensi berita Arab Saudi.

Sebelum ini, anak bulan Syawal tidak dapat dilihat dari balai cerap Tamir mahupun balai cerap Universiti Majmaah di Hautat Sudair pada Sabtu lalu.

Agak-agaknya Malaysia pulak sambut hari apa?

Kredit: Kosmo

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.