Sifat amanah penerima zakat yang perlu dicontohi

12 May 2022 • 10:10 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

Seorang penerima zakat di Selangor menghantar surat permohonan berhenti bayaran zakat ke atas dirinya kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Dalam permohonan tersebut, individu itu menjelaskan bahawa dia kini sudah mempunyai pendapatan harian yang mampu menanggung ahli keluarganya.

Menerusi perkongsian di Facebook, LZS menyatakan individu tersebut ingin keluar daripada Zakat Selangor kerana pendapatanya sudah stabil dan menyatakan ada yang lebih layak menerima zakat berbanding beliau.

“Alhamdulillah, hasil zakat yang dikeluarkan oleh pengeluar zakat, kita dapat membantu keluarga beliau sepanjang beliau tidak bekerja dahulu,” katanya.

Sifat rendah diri dan jujur yang dipamerkan oleh individu ini perlu dicontohi oleh masyarkat kerana dia tahu akan haknya ketika bergelar seorang asnaf dahulu.

“Semoga Allah permudahkan dan suburkan rezeki beliau sekeluarga sepanjang zaman atas sifat jujur yang beliau tunjukkan. Moga menjadi tauladan buat kita semua,” kata LZS di dalam Facebook.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved