“Bagusnya Jujur” – Penerima Bantuan Dipuji, Buat Surat Rasmi Dah Tak Mahu Terima Zakat Lagi

12 May 2022 • 3:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebuah perkongsian di media sosial Twitter oleh Lembaga Zakat Selangor baru-baru ini berjaya mencuri perhatian netizen apabila seorang penerima bantuan zakat didakwa enggan lagi menerima bantuan kerana sudah dapat menanggung diri sendiri dan keluarga.

Dalam hantaran oleh @zakatselangor itu, pengendali akaun tersebut telah memuat naik tangkap layar surat yang ditulis penerima bantuan yang menulis untuk memohon berhenti daripada menerima zakat.

Menurut penulis, dia sudah memperoleh pendapatan harian yang dapat menanggung keluarga dan turut berterima kasih di atas sumbangan zakat yang dihulurkan kepada dirinya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji tindakan lelaki itu yang bersikap jujur dan sentiasa mencari jalan untuk memajukan diri.

image is not available

Sumber : Twitter  

Asnaf ini perlu disantuni. Malah ada asnaf yang dimurahkan rezeki dan menjadi pembayar zakat pula. – netizen

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar penerima zakat tersebut sentiasa dipermudahkan urusan di atas sikap jujur berkenaan.

image is not available 4 jam lalu

(VIDEO) “Suami Limited Ni” - Isteri Dah Siap Masak, Netizen Puji Lelaki Ini Selamba Bawa Bekal Lepak Dengan Member