‘Update’ Kecurangan Suami Di Media Sosial, Wanita Dipukul Hingga Meninggal Dunia

8 May 2022 • 9:41 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Lapor Utusan Online, seorang wanita dilaporkan meninggal dunia sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri akibat dipukul oleh suaminya sendiri gara-gara mendedahkan kecurangan pasangannya itu di media sosial.

Insiden tragis itu dilaporkan berlaku di sebuah rumah flat di Batu 9, Kajang pada hari Ahad lalu.

Difahamkan, satu laporan polis telah dibuat pegawai perubatan Hospital Kajang berikutan mangsa telah dihantar ke sana dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Perkara tersebut turut disahkan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan yang memaklumkan bahawa mangsa yang berumur 28 tahun itu telah disahkan meninggal dunia setelah dihantar suaminya ke hospital tersebut untuk mendapatkan rawatan.

image is not available

Sumber : TikTok  

Siasatan dijalankan dan mendapati mangsa dipukul dengan menggunakan kaki, tangan dan senjata tumpul sehingga menyebabkan kematian.

Kata Zaid lagi, suami si mati yang bekerja sebagai mekanik itu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi dakwaan membunuh.

“Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek marah dengan mangsa berikutan arwah telah memuat naik dalam media sosial mengenai hubungan sulit suspek.” katanya lagi.

image is not available 2 hari lalu

200 Buah Kenderaan Terkandas, Gara-Gara Stesen Minyak Habis Petrol