
PAPAR: Tiga cedera selepas kemalangan antara dua kenderaan di KM30 Jalan Lama Papar – Kota Kinabalu, di sini, Sabtu.
Pemangku Ketua Polis Daerah ASP Rosli Rasi berkata kejadian pukul 11.15 pagi itu berlaku apabila sebuah van yang menuju ke Kampung Sulim dari Pekan Kinarut, cuba membuat pusingan U (menuju ke Papar).
“Ketika itu, sebuah Toyota Hilux yang dalam perjalanan dari Papar cuba untuk menekan brek bagi engelak Van (yang keluar dari simpang pusingan U) tidak dapat berbuat demikian tepat pada masanya kerana jarak yang pendek.
“Ini menyebabkan berlaku perlanggaran antara kedua-dua kenderaan yang menyebabkan kedua-duanya rosak,” katanya.
Disebabkan keadaan itu, pemandu van itu bersama tiga penumpangnya mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Papar untuk rawatan perubatan, tambahnya.
Kes disiasat di bawah Peraturan 3(2)(B) LN166/59 oleh Sarjan Pembantu Pegawai Penyiasat Trafik Mark Minsol Binal.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, sepasukan empat anggota diketuai Pegawai Kanan Kamaruddin Kamaruljaman bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan pada 11.19 pagi. Sebaik tiba, pasukan mengeluarkan mangsa di dalam van dan bergegas ke hospital. Operasi tamat pada jam 12.38 tengah hari.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


