Pemandu Lori ‘Ghaib’ Lepas Rempuh 2 Kereta Di Lebuhraya ELITE

Entertainment
13 May 2022 • 12:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Belum surut kes yang melibatkan lima pelajar yang meninggal dunia akibat rentung melibatkan tiga buah kenderaan termasuk dua treler, kali ini kecoh sekali lagi kemalangan di sekitar Kilometer 9.2 Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) malam tadi.

Menurut Kosmo Online, kemalangan yang berlaku sekitar jam 11 malam itu dipercayai melibatkan sebuah lori telah merempuh dua kereta sehingga mengakibatkan lima orang mengalami cedera ringan.

image is not available

 

Berikutan kemalangan tersebut, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata bahawa pihaknya menerima panggilan berkaitan dengan kejadian di Lebuhraya ELITE itu pada jam sekitar 11:55 malam.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati terdapat kemalangan melibatkan lori 10 tan telah melanggar dua buah kereta jenis Perodua Axia dan Nissan Grand.”

Tambahnya, kereta jenis Perodua Axia dinaiki oleh sekeluarga yang melibatkan empat mangsa manakala kereta jenis Nissan Grand dinaiki tujuh orang warga Bangladesh dan melibatkan tujuh kereta lain.

“7 kereta lain turut rosak, pemandu lori ‘ghaib'”

Menurut Harian Metro, ketujuh-tujuh kereta turut terlibat dalam kemalangan tersebut tetapi hanya mengalami kerosakan kecil namun kesemua mereka beredar dari tempat kejadian sebelum pihak berkuasa tiba.

image is not available

“Lima mangsa yang terlibat dari dua buah kereta itu telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut” – Norazam Khamis

Bagaimanapun, pemandu lori tersebut tak dapat dikesan sehingga kini selepas dipercayai melarikan diri namun perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak polis dan mereka meminta agar orang ramai yang menyaksikan kejadian itu untuk tampil berikan keterangan.

Takut betul sekarang ni. Banyak betul kes accident.Hati-hati tau semua…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.