Siasatan Kes Rasuah Pengurusan Jenazah, 2 Individu Direman

27 May 2022 • 2:45 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dua pembantu kesihatan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah RM15,000 berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah. - Gambar Bernama

SHAH ALAM - Dua pembantu kesihatan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah RM15,000 berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan kedua-dua individu itu sehingga 31 Mei.

Kedua-dua lelaki yang berusia 40 hingga 42 tahun itu direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 bagi kesalahan menerima rasuah.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki itu ditahan pada 4.45 petang semalam di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved