Dua pembantu kesihatan direman kes 'ulat jenazah'

27 May 2022 • 12:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Dua pembantu kesihatan direman lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat berhubung kes 'ulat jenazah' dan meminta rasuah bagi urusan berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah.

Majistret Nur Faizah Abdul Sani mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan kedua-dua suspek, bermula Jumaat sehingga Selasa depan.

Mereka yang berusia 40 hingga 42 tahun, direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan dua pembantu kesihatan menjadi 'ulat jenazah' dan meminta suapan kira-kira RM15,000 untuk kerja-kerja pengurusan mayat memakan diri selepas mereka ditahan oleh SPRM.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki itu ditahan pada jam 4.45 petang selepas hadir di pejabat SPRM Selangor untuk memberi keterangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved