Tiada unsur jenayah kes kematian anak Delimawati

1 May 2022 • 4:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LANGAT - [DIKEMAS KINI] Polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes melibatkan anak kepada pelakon Delimawati Ismail yang ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta di kawasan tepi lombong di Bandar Saujana Putra, Jenjarom pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, siasatan awal dijalankan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan.

"Tiada sebarang unsur jenayah melibatkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Jumaat, seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta di kawasan tepi lombong di Bandar Saujana Putra, Jenjarom pada Jumaat.

Mangsa Zulfazli Jaafar, 45, yang merupakan anak kepada pelakon Delimawati Ismail sebelum itu ditemukan oleh orang awam dalam sebuah kereta di lokasi kejadian dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved