Realme TechLife Watch SZ100 Dilancarkan Dengan Ketahanan Bateri Mencapai 12 Hari

TechnologyDigital
19 May 2022 • 12:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Realme telah mengemaskini barisan peranti boleh-pakai dengan penawaran baharu dengan memperkenalkan Realme TechLife Watch SZ100. Ia dilihat masih mengekalkan beberapa elemen pendahuluany menerusi penggunaan tubuh berbentuk segie empat dan tali berasaskan silikon.

Untuk spesifikasi, Realme TechLife Watch SZ100 dilengkapi skrin LCD sebesar 1.69-inci dengan pilihan sehingga 100 muka jam yang boleh dikostumasi. Ia kemudiannya dipadankan dengan 24 mod sukan terbina, di samping beberapa sensor pemantauan kesihatan terbina. Ini termasuklah kebolehan mengesan ketepuan oksigen dalam darah, suhu pada kulit dan sebagainya.

image is not available

Seterusnya, ia turut melepasi piawaian IP68 sehingga boleh direndam dalam air sedalam 1.5 meter. Ciri dan fungsi asas lain yang turut menyokongnya adalah kawalan muzik, mesej pemberitahuan, pemasa dan banyak lagi. Realme TechLife Watch SZ100 dijual pada Rs.2,499 (~RM137) untuk seutas.