“Tapi masih ‘humble'” – [VIDEO] Datuk Lee Chong Wei Dikatakan Pemain Badminton Paling Kaya?

Entertainment
30 May 2022 • 4:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjadi atlet bukanlah satu perkara yang mudah, mereka bukan sahaja harus sentiasa menjaga stamina dan tenaga tetapi mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk mengharumkan nama negara.

Begitulah juga dengan lagenda badminton tanah air iaitu Datuk Lee Chong Wei (DLCW), sebelum beliau ‘menggantung raket’, DLCW diiktiraf sebagai pemain nombor satu dunia dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Bagaimanpun, baru-baru ini dalam sebuah video TikTok beliau dikatakan mendapat ‘gelaran’ yang baru iaitu pemain badminton terkaya di dunia.

Bekas pemain badminton Malaysia itu telah mencipta nama dalam dunia sukan sejak awal kariernya, beliau mencapai pelbagai anugerah dan gelaran termasuk menjadi pemenang pingat Olimpik, dan terkini atlet itu kini dinobatkan sebagai pemain badminton terkaya di dunia.

Video yang dimuat naik oleh @mainraket di TikTok itu menunjukkan senarai lima pemain badminton terkaya di dunia, DLCW berada di tempat pertama dan di belakangnya ialah Lin Dan dan Chen Long dari China.

Menurut video itu, aset atlet berusia 39 tahun itu kini bernilai USD 75 juta (RM328.1 juta) dan video TikTok itu telah mencapai lebih 1 juta tontonan, 56.5k suka, 365 komen dan lebih 500 shares.

Masih humble walaupun paling kaya!

Ramai netizen yang memberi reaksi positif terhadap video itu dan ramai juga yang menyatakan mereka berbangga dengan pencapaian DLCW.

image is not available

Sama ada video TikTok itu tepat atau tidak, ia tidak akan mengubah hakikat bahawa Datuk Lee Chong Wei masih diiktiraf sebagai salah seorang lagenda badminton Malaysia dan peminatnya akan terus menyokongnya dalam apa jua yang dilakukan.

Thank You Datuk Lee Chong Wei!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.