Pesawat Bawa 22 Penumpang Terhempas di Nepal

30 May 2022 • 1:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ahli keluarga penumpang pesawat Twin Otter menangis selepas mendapat berita bahawa pesawat itu ditemukan terhempas di Sanosware, Nepal. - Gambar AFP

KATHMANDU - Pesawat Nepal yang hilang dengan 22 penumpang di dalamnya ditemukan terhempas, lapor Xinhua, memetik Tentera Nepal pada pagi Isnin.

"Pesawat Tara Air ditemukan terhempas di Sanosware di Bahagian-2 Perbandaran Luar Bandar Thasang di daerah Mustang," kata jurucakap tentera Brigedier Jeneral Narayan Silwal dalam satu kenyataan.

"Butiran lanjut mengenainya akan menyusul."

Pesawat Twin Otter yang membawa 19 penumpang dan tiga anak kapal, termasuk empat warga India dan dua warga Jerman, hilang pada pagi Ahad ketika dalam penerbangan dari bandar Pokhara ke bandar pergunungan Jomsom di daerah Mustang. - Bernama