Golf berpasukan lelaki tambah kutipan pingat emas negara

18 May 2022 • 3:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PASUKAN golf lelaki diwakili Ervin Chang, Marcus Lim dan R.Haasrikanesh tambah koleksi pingat emas kontinjen negara pada Sukan SEA Hanoi 2021 setelah menewaskan pasukan dari Thailand di Heron Lake Golf Course & Resort pada Rabu.

Ia merupakan emas kedua daripada sukan golf setelah Ervin meraih emas pertama apabila memenangi acara individu lelaki pada Ahad.

Pada acara individu lelaki Ahad lalu, Ervin menewaskan atlet Indonesia, Amadeus Susanto Christian (70-71-68) dalam perlawanan ‘play-off’ tiga lubang setelah kedua-duanya terikat pada kedudukan tujuh di bawah par 209 selepas mengharungi tiga pusingan.

Kejayaan itu sekali gus, menamatkan penantian kontinjen negara selama 20 tahun bagi meraih pingat dalam sukan golf di pentas Sukan SEA.

Sementara itu, pasukan golf wanita yang diwakili Jeneath Wong dan Mirabel Ting meraih perak bagi acara berpasukan di venue sama.

Ahad lalu, Jeneath sekadar meraih gangsa bagi acara individu dengan mencatatkan -5 di bawah par untuk tiga hari pertandingan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved