“Ex sapa tu weh” – Individu Tunjuk Biawak Dalam The Mines, Netizen Anggap Ia Perkara Normal

Entertainment
24 May 2022 • 6:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umumnya tahu satu keunikan The Mines, Seri Kembangan, Selangor adalah tasik yang ada di dalam pusat membeli-belah tersebut.

Selain itu, aktiviti Mine Cruise juga merupakan tumpuan utama pengunjung disitu. Bagaimanapun viral satu video di TikTok menunjukkan kelibat seekor biawak berenang-renang di dalam tasik mall tersebut.

 

Biawak dalam mall

Ia satu perkara yang mengejutkan buat individu yang dikenali sebagai Jovian Tan. Memandangkan video tersebut telah mendapat tumpuan netizen kerana meraih 280K jumlah tontonan, 739 jumlah perkongsian dan lebih 10K tanda suka dalam masa 22 jam.

Satu perkara ganjil buat dirinya tetapi ramai netizen yang sudah ke sana mengatakan bahawa ia bukanlah satu perkara baru.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Untuk pengetahuan, tasik dalam The Mines itu merupakan bekas lombong paling dalam kira-kira 100 tahun lalu sebelum berubah menjadi tasik panorama.

Bekas lombong bijih timah yang pernah diusahakan warga Eropah oleh seorang pendatang dari China, Chan Wing.

Tasik Mines ini juga menjadi bekas lombong bijih dedah paling dalam di dunia. Kedalamannya hampir setengah ketinggian Menara Berkembar PETRONAS, 452 meter.

Menurut Berita Harian, Tasik ini terbahagi kepada dua iaitu Tasik Utara dan Tasik Selatan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article