Edar syabu: Adik Noh Omar dibicara 5 Dis

12 May 2022 • 4:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Adik Menteri Persekutuan Tan Sri Noh Omar yang didakwa mengedar 82.71 gram syabu akan dibicarakan pada Disember tahun ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Wong Siong Tong menetapkan 5-7 Disember untuk perbicaraan Mohd Jusnaidi Omar, 49, semasa sebutan kes pada Rabu.

Jusnaidi dituduh melakukan kesalahan itu pada pukul 8.30 malam 27 November 2019 di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Tertuduh pada 30 September 2021 meminta dibicarakan bagi tuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan (jika tidak dihukum mati), jika sabit kesalahan. Mahkamah juga menetapkan 4 November untuk pengurusan kes pra-perbicaraan.

Jusnaidi diperintah reman lanjut kerana tuduhan terhadapnya tidak mempunyai peruntukan ikat jamin. Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran mengendalikan pendakwaan sementara Jusnaidi diwakili oleh peguam Zahir Shah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.