Perdana Menteri Jawab Isu Pelantikan Tajuddin Sebagai Duta Besar Malaysia Ke Indonesia

Politics
18 May 2022 • 4:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

“Dia orang politik lama dan berpengalaman, kita tunggulah dia menjalankan tugas”, itulah kenyataan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Memetik laporan Sinar Harian, Perdana Menteri yang ditemui di majlis sambutan Aidilfitri bersama warga Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa pelantikan itu telah mendapat persetujuan daripada Presiden Joko Widodo (Jokowi). Malah, Tajuddin juga telah mendapat surat persetujuan daripada Jokowi.

image is not available

Mengenai kritikan segelintir pihak yang mempersoalkan pelantikan itu, Perdana Menteri berkata semua pihak berhak memberi pandangan.

Sesiapa pun yang dilantik, bukan semua orang puas hati.

Terdahulu, teka teki mengenai pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak itu akhirnya terjawab apabila beliau membuat pengesahan kepada media semalam.

Tajuddin akan menggantikan diplomat, Datuk Zainal Abidin Bakar yang dilantik pada 2018 di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.





“Dia orang politik lama dan berpengalaman, kita tunggulah dia menjalankan tugas,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri bersama warga Jabatan Perdana Menteri pada Rabu.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/202858/BERITA/Nasional/Pelantikan-Tajuddin-dapat-persetujuan-Indonesia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf