
Sekarang ini memang kena banyak hati-hati terutamanya kepada ibu bapa yang ada anak kecil sebab di Kuantan, Pahang, ada satu kejadian seorang lelaki warga Myanmar cuba menculik kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun.
Pada waktu kejadian semalam, kanak-kanak itu sedang bermain di hadapan rumahnya yang bertempat di Batu Tiga, Jalan Gambang.
Culik sebab dah 8 tahun kahwin tak ada anak
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 9 45 pagi dan anggota dari IPD Kuantan dari Unit Kereta Peronda terus bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya lagi menerusi Harian Metro, suspek yang berusia 30 tahun itu telah ditahan oleh orang awam dan bapa mangsa di tepi jalan berdekatan Pusat Dagangan Batu Tiga sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Suspek dibawa ke IPD Kuantan dan proses reman akan dilakukan oleh pegawai penyiasat kes hari ini. Turut dirampas bersama suspek ialah sehelai kain lampin berwarna putih dipercayai digunakan untuk menutup kepala mangsa.”
Berdasarkan laporan yang dibuat oleh ayah mangsa Wan Zahari, penjual ketam nipah itu mengatakan anaknya pada waktu itu sedang bermain pasir di hadapan rumah dan ibunya sedang menyiram pokok bunga di halaman.
Bapa mangsa mendengar bunyi jeritan isterinya yang mengatakan anak bongsu mereka dilarikan seorang lelaki yang tidak dikenali.
“Susulan itu, bapa mangsa bertindak segera dengan mengejar suspek yang cuba melarikan diri.”
“Dengan bantuan orang ramai, suspek ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis untuk tangkapan semula.”
Lelaki Myanmar ditahan selepas cuba larikan kanak2 lelaki berusia empat tahun yang bermain di hadapan rumahnya .
Kejadian berlaku di Batu Tiga, Jalan Gambang, Kuantan pagi smlm.
Suspek dicekup orang awam selepas melihat bapa mangsa mengejarnya sebelum diserah kepada polis. pic.twitter.com/TKq4NNgRBN
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) May 23, 2022
Tambah beliau, siasatan awal mendapati suspek yang datang ke Malaysia 3 bulan lepas bertindak demikian kerana mahukan anak selepas tidak dikurniakan cahaya mata selepas lapan tahun berkahwin.
Mohon ibubapa lebih berjaga-jaga. Kes cubaan culik di Kuantan.
Suspek warga myanmar pic.twitter.com/t7dJoQJHoB— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) May 23, 2022
Selain itu, suspek juga disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

