Instafamous Buat Open House Jemput Pondan Menari Separuh Bogel Ditangkap

Entertainment
30 May 2022 • 5:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang instafamous dicekup atas tindakan menempah sekumpulan penari pondan untuk memeriahkan sambutan rumah terbuka Aidilfitri di Centralwalk I-City, Shah Alam semalam.

 

Tarian separuh bogel

Influencer yang juga merupakan pengasas kosmetik, Cik Lala berusia 27 tahun itu ditahan selepas pihak polis menerima laporan daripada pengurus Badan Pengurusan Bersama (JMB) apartmen berhampiran berhubung insiden tarian separuh bogel penari pondan dan pembakaran bunga api.

Video tersebut turut tular di TikTok dan mengundang kemarahan orang ramai. Menurut Kosmo! Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu kira-kira jam 8 hingga 11.30 malam di sebuah dewan aras bawah Centralwalk I-City.

image is not available

Tambahnya sekumpulan pondan melakukan tarian separuh bogel bersertakan muzik yang kuat. malah ada pembakaran bunga api di kawasan awam berhampiran rumah penduduk.

“Penganjur program itu dikenali dengan panggilan Cik Lala telah menyewa unit berkenaan pada harga RM4,000. Ini adalah bagi majlis hari raya dengan mempunyai jemputan kira-kira 50 orang kenalannya.”

image is not available

Jelasnya lagi, perbuatan itu disifatkan telah menjatuhkan imej I-City sebagai salah satu tarikan pelancong di Selangor.

Suspek kini direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.