
TAWAU: Dua kampung di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.71 Tanjung Batu, termasuk yang dibuka sejak tahun 1938, diisytihar sebagai tapak kediaman oleh Kerajaan Negeri.
Dua kampung tersebut ialah Kg Budaya Pasir Putih seluas 37.73 hektar (93.23 ekar) yang diluluskan pada 30 April 2021 dan Kg Tanjung Batu Laut seluas 2.101 hektar yang diluluskan pada 20 Ogos 2021.
Kg Budaya Pasir Putih yang sebelum ini dikenali sebagai Kg Baru Pasir Putih mempunyai hampir 6,000 penduduk dan dibuka sejak hampir 30 tahun, manakala, Kg Tanjung Batu Laut mempunyai sekitar 5, 000 penduduk dan dibuka sekitar 84 tahun lalu.
