(VIDEO) “Baiknya Hati..”- Sekumpulan Pemuda Dipuji, Agih Air Percuma Untuk ‘Driver’ Sangkut Jammed

10 May 2022 • 4:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setelah dua tahun rakyat Malaysia khususnya umat Islam ‘tidak dibenarkan’ untuk beraya gara-gara pandemik serta perlaksanaan PKP, tahun ini jalan raya di setiap pelusuk negeri mengalami kesesakan berikutan telah dibolehkan balik kampung untuk beraya.

Dan yang menjadi tumpuan adalah laluan Pantai Timur apabila kebanyakan pengguna jalan raya terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas selama berbelas jam dek kerana penambahan kenderaan yang banyak.

Namun, satu perkongsian pengguna TikTok telah mencuri perhatian netizen apabila dia ada menunjukkan video memaparkan beberapa orang individu yang mengagihkan air minuman kepada pengguna jalan raya yang terkandas di Lebuhraya Pantai TImur.

Difahamkan, sekumpulan pemuda itu merupakan penduduk Pekan Bandar Setiu, Terengganu dan telah menyedekahkan dua ‘cup’ air buat setiap pengguna kenderaan yang lalu lalang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memuji layanan penduduk setempat yang prihatin dan turut mendoakan agar mereka ini dimurahkan rezeki.

image is not available

Sumber : TikTok  

 

 

Malah ada juga yang menyarankan ibu bapa agar mencari jodoh buat anak masing-masing bermenantukan orang Terengganu!

image is not available 20 jam lalu

“Kedai Tu Memang Camtu..” - ‘Complaint’ Makanan Mahal, Lelaki Dibelasah Pekerja Kedai Nasi Kandar?