Kelab Bolasepak Kinabalu Jaguar bangkit untuk seri dengan Sains FC

Football
16 May 2022 • 12:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kelab Bolasepak Kinabalu Jaguar (KJFC) bangkit daripada ketinggalan untuk seri 1-1 dengan Sains FC dalam perlawanan Kumpulan A saingan Liga M3 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Sabtu lalu.

Pemain pertahanan Zaki Sapri menjadi wira apabila dia menjaringkan gol penyamaan selepas menerima hantaran lintang daripada Leopold Alfonso pada minit ke-49.

KJFC, yang berharap dapat meneruskan rentetan kemenangan dalam empat perlawanan, menerima kejutan apabila tuan ruamh mendahului menerusi S.Gevanesh daripada satu sepakan sudut pada minit ketujuh.

Jaringan itu tidak melemahkan semangat pemain-pemain dan sebaliknya mereka melancarkan beberapa gelombang serangan untuk mencari gol tetapi tidak berhasil sehinggalah jaringan Zaki.

Mereka berpeluang untuk meraih tiga mata tetapi percubaan Leopold, Zulkifly Harun dan Shafie Talip diselamatkan oleh penjaga gol Sains.

Pengurus Pasukan, Adzhar Mohamad ketika dihubungi pada Ahad berkata mereka sepatutnya boleh memenangi perlawanan itu dengan dominasi mereka selepas gol awal berkenaan.

“Kami agak kecewa walaupun kami berjaya membawa pulang satu mata.

“Kami terlepas begitu banyak peluang di hadapan gol dan kami perlu memperbaiki kelemahan itu sebelum perlawanan kami yang seterusnya,” katanya.

Perlawanan KJFC yang seterusnya adalah menentang Malaysia University di laman sendiri pada 22 Mei jam 4.15 petang.

Sementara itu, keputusan seri itu menyaksikan KJFC kekal di tangga kedua dengan 13 mata, tiga mata di belakang pendahulu Manjung City FC tetapi bermain kurang satu perlawanan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.