“Bersyukur diberi penghormatan” – Wajah Tokti Terpampang di ‘Billboard’ New York Times Square

Entertainment
19 May 2022 • 10:00 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bukan senang wajah artis tempatan nak terpampang dekat billboard New York Times Square ni. Artis tersohor luar negara yang pernah ada dekat billboard tersebut termasuklah Charlie Puth, Adele dan Ariana Grande yang sememangnya hebat dalam nyanyian memukau mereka.

Baru-baru ini, penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kesyukuran apabila wajahnya dipaparkan di papan iklan digital atau billboard gergasi di New York Times Square, Amerika Syarikat.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Siti Nurhaliza yang lebih mesra dipanggil Tokti dalam sebuah posting di laman Instagramnya @ctdk semalam.

Menurut penyanyi berusia 43 tahun itu, penampilannya mewakili negara pada papan iklan tersohor itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada kempen ‘EQUAL’ oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify. Tambahnya lagi, beliau menjadi salah seorang wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.

“Program EQUAL ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis wanita dari seluruh dunia”

“Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL meliputi artis dari 50 negara” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Sebelum ini, wajah Yuna, Layla Sania, kumpulan DOLLA, Vanessa Reynaulddan, Iman Troye dan Aina Abdul pernah menghiasi papan iklan di bandar tersebut yang menjadi salah satu lokasi popular dunia. Bangga betul bila ramai artis Malaysia berjaya sampai ke tahap ni!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Tokti dan ada juga yang sempat berkata bahawa Tokti adalah artis yang tepat dan layak terpampang di billboard gergasi tersebut.

“Ni baru artis tepat..congratz Tokti image is not available” – Komen netizen

image is not available

Wahh, tahniah Tokti! Korang rasa artis Malaysia mana lagi yang akan terpampang dekat billboard tu!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.