
Baru-baru ini, tular di media sosial satu gambar yang memaparkan seorang kanak-kanak katanya telah menghidap wabak Monkeypox yang kini sedang kecoh menular di negara Eropah.
Menurut posting tersebut, mangsa adalah anak saudara kepada kawan ibunya dan berita tersebut walau bagaimanapun tidak muncul di media arus perdana.
Pun begitu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 24 Mei 2022 jam 5.00 petang melaporkan bahawa mereka tidak menerima sebarang notifikasi mengenai kes yang dijangkiti virus monkeypox atau kes kanak-kanak yang dijangkiti wabak ini seperti yang viral di media sosial.
Sehingga 24 Mei 2022 jam 5.00 petang, KKM tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes yang dijangkiti virus monkeypox atau kes kanak-kanak yang dikatakan dijangkiti virus monkeypox seperti dalam mesej beserta gambar yang ditularkan dalam media sosial. pic.twitter.com/CVdSwpBCAb
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) May 24, 2022
“Sekiranya benar, dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan…”
Menerusi posting di Twitter, KKM juga berkata, sekiranya perkara tersebut benar, waris kepada kanak-kanak itu dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan yang berdekatan untuk pemeriksaan dan rawatan.
Orang ramai dinasihati supaya tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya, sebaliknya menasihati pesakit atau waris untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu jika berkaitan penyakit atau lain-lain masalah kesihatan.
— KKMalaysia
(@KKMPutrajaya) May 24, 2022
Pada masa yang sama juga, orang ramai dinasihatkan untuk tidak tularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya.
Menerusi laporan WHO yang terbaru, setakat ini 92 kes telah dilaporkan menghidap monkeypox daripada beberapa negara di Eropah seperti Belgium, Canada, Perancis, Jerman, Itali, UK dan US.
Harap penyakit ini tak masuklah ke Malaysia. Kita baru je nak pulih dari COVID-19.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

