Tumpaskan Pemain Indonesia, Lee Zii Jia Kini Di Ranking Kelima Dunia

25 May 2022 • 12:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
lee zii jia

Lee Zii Jia, pemain perseorangan profesional negara telah mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya melompat ke satu anak tangga, di ranking kelima dunia!

Kedudukan ini merupakan satu pencapaian terbaik yang pernah dicapai oleh oleh Zii Jia.

Memintas pemain Indonesia

image is not available
Anthony Sinisuka Ginting

Menerusi Malaysia Gazette, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melaporkan, Lee Zii Jia yang berusia 24 tahun itu telah membuatkan pemain perseorangan Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting jatuh di tangga keenam.

Tempat keempat dunia pula kekal diungguli oleh pemain perseorangan Taiwan, Chou Tien Chen setelah berjaya memenangi lima daripada tujuh pertemuan bersama Jii Zia.

Anders Antonsen, pemain Denmark kekal berada di ranking ketiga dan jaguh Jepun, berada di kedudukan kedua dunia. Ranking pertama dunia dimiliki oleh rakan senegara Anders, Viktor Axelsen, bintang Denmark!

Zii Jia telah berjaya memperbaiki kedudukan rankingnya setelah memperoleh beberapa pencapaian yang membanggakan apabila menjadi juara pada 1 Mei lepas di Kejohanan Badminton Asia di Manila, Filipina dan memenangi Terbuka Thailand di Bangkok, Ahad lepas.

Semoga Zii Jia terus berjaya dan kekal mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media