Menarik idea cikgu ini, jadikan sampul duit raya sebagai bahan pembelajaran murid Pemulihan Khas

10 May 2022 • 4:18 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan berjalan dengan lancar sekiranya guru-guru dibekalkan dengan pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik dan berkesan.

Jika banyak alat bantu yang disediakan, maka makin seronoklah murid-murid untuk mengikuti pembelajaran pada hari tersebut.

Bagi cikgu Pemulihan Khas pula, sudah tentu mereka memerlukan alat mengajar khas dalam menarik perhatian murid berkaitan.

Sehubungan itu, idea Guru Pemulihan Khas, Sekolah Kebangsaan (SK) Tenglu, Mersing, Johor, Cikgu Roslee Abdul @ Mohd yang menggunakan sampul duit raya sebagai bahan pembelajaran kepada anak-anak Pemulihan Khas, telah menarik perhatian Sinar Bestari untuk berkongsi apa yang telah dilakukan oleh beliau dengan sampul tersebut.

Mari kita tengok.

*****

Cara untuk bina kad perkataan sampul raya, hasil idea Cikgu Roslee.

Peralatan:

1) Kertas warna
2) Gunting
3) Gam
4) Pensel warna
5) Gambar tidak berwarna
6) Sampul duit raya

Baca juga

Cara untuk bina kad perkataan sampul raya:

1) Gunting gambar dan warnakan.

image is not available

2) Tampal gambar pada belakang sampul duit raya.

image is not available

3) Potong kertas warna untuk setiap potongan satu huruf ikut nama gambar.

image is not available

4) Masukkan kad huruf dalam sampul.

image is not available

5) Anak-anak Pemulihan Khas diminta susun kad huruf menjadi perkataan berdasarkan gambar.

image is not available

6) Tulis perkataan yang dipelajari. Tulis dan sebut perkataan secara latih tubi pada buku latihan.

image is not available

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Menurut Cikgu Roslee, aktiviti pembelajaran ini hanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit bagi setiap satu kad perkataan sampul raya.

“Satu hari buat dua kad. Insya-ALLAH dalam masa seminggu anak-anak Pemulihan Khas ini akan menguasai satu kemahiran,” katanya dan berharap ibu bapa boleh mengaplikasikan apa yang dikongsi ini bersama anak masing-masing.