Pemacu SSD Ini Hanya Hadir Dengan Sokongan Boleh Ditulis Hanya Sekali – Memastikan Data Tidak Hilang Atau Dipadam

TechnologyDigital
4 May 2022 • 9:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Verbatim kini hadir dengan sebuah penawaran khusus yang direkabentuk untuk menyimpan data untuk tempoh yang lama, serta melindungi data daripada terpadam secara tidak sengaja.

Ditawarkan dibawah siri WOW, Verbatim menawarkan storan berasaskan SSD yang menyertakan ruangan storan 128GB NAND dengan sambungan USB 3.2.

Membezakan ia berbanding penawaran lain adalah ia hadir dengan perlindungan daripada penulisan data. Pengguna hanya boleh menggunakannya untuk menyimpan data sekali sahaja – dan ia tidak menyokong ciri memadam atau menulis di atas sesuatu data.

image is not available

Dengan langkah ini, ia sekaligus melindungi daripada sesuatu data terpadam begitu sahaja tanpa sengaja.

Pemacu khusus ini turut berfungsi dengan Windows, Mac dan juga Chromebook. Verbatim turut menawarkan sokongan jaminan selama 10 tahun untuk pemacu khusus ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapakah harga jualan penawaran ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved