“Kena stop support breeder ni…” – Netizen Dedah Rupanya Ada Hadis Yang Melarang Penjualan Kucing & Anjing

19 May 2022 • 5:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penjualan haiwan belaan seperti kucing atau anjing bukanlah sesuatu perkara yang baru, banyak kedai-kedai haiwan peliharaan yang menjual haiwan-haiwan comel itu dan ada juga yang menjadi breeder untuk baka yang lebih rare.

Kecoh di laman Twitter semalam apabila seorang netizen telah berkongsi sebenarnya terdapat hadis yang melarang perbuatan menjual beli kucing atau anjing.

Tweet itu diambil daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang memberitahu dalam hadis Riwayat Muslim (1569), Rasullulah S.A.W melarang perbuatan itu dan dalam Hadis Riwayat Abu Daud (3479) dan Tirmidzi (1279), Rasulullah SAW melarang makan duit hasil penjualan anjing dan kucing.

Malah, jika mengikut pendapat jumhur termasuk Mazhab Syafie urusan jual beli kucing dibolehkan jika kucing itu digunakan atau dilatih untuk manfaat lain seperti menangkap tikus. Begitu juga jika ia merupakan haiwan liar, maka tidak perkara itu tidak dibenarkan.

“Ada yang buat jahat dekat kucing-kucing tu…”

Selepas perkongsian di Twitter itu mendapat lebih 7K retweet, ternyata ramai yang tidak pernah tahu mengenai hukum menjual beli haiwan comel itu. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman peribadi mengenai urusan tersebut.

image is not available

#AdoptDontShop ok geng?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.