Apa yang boleh dilakukan apabila fikiran anda rasa terbeban? Kredit foto: freepik.com/upklyak
Bagaimana untuk kenal pasti sekiranya fikiran anda sedang terbeban lebih dari biasa?
Tanda-tanda biasa adalah seperti mudah hilang fokus, cuba membuat sesuatu tapi cepat putus asa, mudah marah atau rimas, tidak boleh berfikir dengan jelas, serta tiba-tiba rasa hendak menangis tanpa sebab yang jelas.
Hal ini boleh berpunca daripada beban kerja berlebihan, trauma lampau, stres, depresi, kerisauan melampau dan tabiat tidur yang tidak sihat.
Sekiranya anda mendapati sedang berada dalam situasi ini, cuba ingat 5 perkara di bawah.
Tak Mengapa
Merasa minda terbeban tidak bermakna kita menjadi ‘mesin’ yang sudah rosak. Ketahuilah bahawa perasaan ini adalah isyarat bahawa minda sedang dalam fasa memproses maklumat di sekeliling kita. Bahkan kita boleh gunakan isyarat ini sebagai ‘butang’ untuk memperlahankan sedikit ‘tahap kelajuan’. Jadi, tak mengapa – jom bertenang seketika.

Fikiran Sedang Cuba Mensabotaj Kita
Kadangkala, bebanan fikiran ini adalah suatu sabotaj atau permainan yang direka oleh minda kita sendiri.
Contohnya, ada satu tugas yang perlu anda siapkan. Dalam fikiran, anda rasa banyak sekali kesukaran dan cabaran yang bakal dihadapi sedangkan realitinya, apabila anda benar-benar mengerjakannya – ternyata tugas itu tidak sesukar yang dibayangkan sebelumnya. Tidak hanya anda, situasi ini sering terjadi kepada penulis sendiri.
Jadi ingatlah bahawa kita tidak akan tahu tahap kemampuan diri selagi kita tidak mencubanya terlebih dahulu.
Ini Bukanlah Masalah Baru
Perasaan terbeban ini bukan sesuatu yang baru buat kita. Kita pernah merasainya sebelum ini dan anehnya, kita berjaya mengharunginya (walaupun waktu itu seakan-akan tidak mampu kita menghadapinya.)
Apa maksudnya di sini? Ini bermakna kali ini juga kita akan mampu untuk melaluinya, bahkan mungkin akan lebih mudah kerana ia bukanlah kali yang pertama buat kita.
Mulakan Sahaja
Perasaan terbeban melampau boleh berpunca dari berfikir terlalu berlebihan tentang sesuatu perkara. Misalnya membayangkan terlalu banyak kesan buruk dan risiko sehingga menjadi takut untuk memulakan sesuatu.
Sebenarnya apabila kita go ahead saja dengan perkara yang ingin kita kerjakan, kegusaran itu akan makin berkurangan dan lama-lama hilang.
Kunci Penting
Setiap kali fikiran merasa terbeban, cuba undur setapak ke belakang. Ambil sedikit masa untuk kenal pasti punca yang menyebabkan anda merasa demikian.
Kemudian bertindaklah mengikut cara yang sesuai dengan punca itu dan dengan cara yang sesuai dengan anda. Selepas mencuba semua ini, jika anda masih merasa tidak kena, jangan takut untuk menyuarakannya atau mendapatkan bantuan.
Dari Meja Penulis
Bagaimana kalian? Adakah anda rasa tips ini dapat membantu? Atau anda punya cara lain yang lebih berkesan? Kongsikan pendapat anda. Mana tahu ada rakan kita di luar sana yang boleh sama-sama memanfaatkannya.
Sekian dulu artikel kali ini. Jumpa lagi di nukilan akan datang.
Rujukan: https://existenceasiknowit.com/feeling-overwhelmed/
Kredit foto featured image: freepik.com/upklyak
KadangKaler adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

