Ismail Sabri hadir sambutan Aidilfitri KPT

LocalPolitics
31 May 2022 • 2:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri bersama warga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di sini.

Ismail Sabri yang tiba pada jam 12.50 tengah hari, disambut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Antara tetamu yang hadir ialah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira 30 minit di majlis yang dihadiri 5,000 tetamu terdiri daripada warga KPT, pelajar institut pengajian tinggi, ahli-ahli lembaga pengarah universiti, naib-naib canselor, wakil-wakil industri serta para pemimpin tempatan. - Bernama